PENGESANAN AWAL BARAH PAYUDARA MENYELAMATKAN NYAWASejauh manakah keintiman anda dengan mahkota kewanitaan anda, payudara? Andai ditanya bilakah kali terakhir anda melakukan pemeriksaan sendiri payudara (BSE - breast self examination), agaknya, apakah jawapan anda? Lupa kerana sudah lama tidak melakukannya atau sememangnya anda tidak pernah ambil peduli?
Kajian mendapati, 2 daripada 3 wanita Malaysia tidak melakukan BSE walaupun menyedari kanser payudara adalah pembunuh nombor satu wanita. Antara alasan popular yang seringkali disuarakan adalah kurang yakin, tidak tahu apa perlu dicari, takut menemui sesuatu tidak normal dan tidak kurang juga yang kurang selesa menyentuh payudara sendiri. Menurut Daftar Kanser Kebangsaan Malaysia, satu daripada 19 wanita tempatan mempunyai kebarangkalian menghidap kanser payudara. Ia paling biasa menyerang kaum Cina (1:14 wanita) diikuti India (1:15) dan Melayu (1:24). Sekalipun nisbah wanita Melayu yang paling kecil, ironinya, sering kali mereka adalah yang paling lambat didiagnosis. Antara 40 hingga 60 peratus pesakit yang datang berjumpa doktor telahpun melewati tahap 3 atau 4, di mana tidak banyak boleh dilakukan. Semakin lewat kanser dikesan, semakin tipis peluang pesakit untuk sembuh. Pengesanan AwalSebaik mencapai usia 20 tahun, setiap wanita terdedah dengan musuh utama ini. Anak gadis yang mencecah usia berkenaan amat digalakkan memulakan BSE setiap bulan terutamanya bagi yang mempunyai sejarah keluarga dengan kanser payudara. Risikonya juga semakin meningkat dengan peningkatan usia. Malah, kadar kejadian dikatakan terus meningkat dengan mendadak dari tahun ke tahun akibat gaya hidup moden.
Punca khusus kanser ini masih samar tetapi beberapa kaitan genetik dan persekitaran telah dikenalpasti. Memandangkan tiada penawar dan rawatan sedia ada belum berkesan 100%, yang ada cuma kata-kata keramat 'pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa'. Berbanding kanser-kanser lain, kanser payudara adalah antara yang paling mudah dikesan. Sekalipun pemeriksaan payudara klinikal dan mamografi diiktiraf sebagai standard emas dalam penyaringan kanser payudara, BSE kekal sebagai langkah perlindungan utama dalam regim pencegahan kanser payudara. Pakar perubatan turut mengakui kebanyakan kes kanser payudara mula dikesan pesakit sendiri atau pasangan mereka melalui BSE rutin di rumah. Menurut Persatuan Kanser Amerika, pesakit mempunyai 95% kebarangkalian hidup 5 tahun akan datang sekiranya kanser payudara berjaya dikesan awal dan masih berada di sekitar payudara. Tanda-tanda yang perlu anda perhatikan :benjolan di payudara atau ketiak- perubahan luarbiasa tekstur, bentuk dan saiz payudara- kulit payudara bengkak, berkedut dan ke dalam- puting susu tenggelam- pendarahan atau lelehan luarbiasa dari puting- kulit payudara berbintik seperti kulit limau
Usah takut dan panik sekiranya anda terjumpa ketulan kerana 9 daripada 10 benjolan yang ditemui tidak semestinya kanser. Sesetengah wanita berkecenderungan secara genetiknya untuk mewarisi benjolan pada payudara. Walau bagaimanapun, anda perlu berwaspada terhadap semua gumpalan dalam payudara kerana kemungkinan kanser tetap ada dan hanya doktor yang boleh mengesahkannya. Harus diingat bahawa BSE tidak boleh menggantikan pemeriksaan payudara klinikal tahunan (apabila mencecah usia 30-an) dan penyaringan mamogram berkala (apabila mencapai umur 40-an), bergantung kepada individu dan sejarah keluarga BSE hanya alat moden bantuan mengesan kanser payudara. TETAPI bagaimana mencegah dan merawat Kanser Payudara yang telah dihidapai pesakit. Mencegah dalah lebih baik dari merawat. Setiap penyakit pasti ada ubatnya. Memiliki payu dara yang cantik merupakan aset seorang wanita. Namun semakin usia meningkat, kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh, dan pengabaian penjagaannya, menyebabkan payu dara jatuh atau kurang menarik.
Menurut Konsultan Pakar Bedah Payu Dara dan Endokrin, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Harjit Kaur, golongan wanita perlu memakai coli yang bersesuaian dengan saiz payu dara bagi menguatkan sokongan luar di samping meningkatkan keselesaan dan memberi bentuk tubuh yang cantik. Yang penting jagalah pemakanan anda, elakkan pemakanan moden yang boleh menyebabkan penyakit kanser payudara. HEMOHIM+SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA |